Sabtu, 22 September 2012

DAUN BELALAI GAJAH

Daun Belalai Gajah Penawar Kanser

Posted by Rafhan on Saturday, 16 July 2011

sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan

Pokok belalai gajah atau Sabah Snake Grass merupakan sejenis herba popular  dalam perubatan tradisional thai dan china. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah apabila dilanda angin. Tumbuhan daripada keluarga acanthaceae.Ia boleh membiak melalui keratan batang.

sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan

Nama Tempatan:Belalai Gajah
Nama Saintifik:clinacanthus Nutans
Nama Lain:Gendis(melayu),E zui hua( snake plant,Sa-laid-pang-porn, phaya yo ,phaya plongtong(Thai)
Famili:acanthaceae
Lokasi dijumpai:tumbuhan herba
Asal:Tumbuhan tempatan
sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan

kegunaan:
Pokok belalai gajah dipercayai mempunyai khasiat dalam mengubati penyakit kanser seperti Uterus Cancer, Prostate Cancer, Breast Cancer, Lang Cancer, Leukemia Patiens, Dialysis Patiens, High Blood, High Uric Acid, Diabetes dan banyak lagi.

Di thailand belalai gajah digunakan sebagai bahan untuk merawat penyakit kulit. Ekstrak daripada daunnya yang segar digunakan untuk merawat ruam kulit.Malahan ekstrak dari tumbuhan ini juga digunakan didalam krim yang disapu pada badan ketika terkena cacar air (chicken pox).Ekstraknya juga digunakan untuk mengubati dermatitis Ia juga digunakan sebagai penawar kepada racun dari gigitan ular. Ada Kajian saintifik  menunjukkan walaupun ekstrak tumbuhan ini tidak memberikan tindakbalas langsung terhadap bisa ular, tetapi jika diberikan secara oral ia akan memanjangkan tempoh bertahan tikus yang telah disuntik dengan racun ular

sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
  • masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
  • Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi 
Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah
sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan
sabah snake grass, daun belalai gajah, pokok penawar kanser, sabah clinathus nuthan

Rabu, 27 Jun 2012

BMM 3105 - PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

TAJUK

1. PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

• Menggunakan web, video, audio, dan imej
• Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
• Menyimpan bahan dalam bentuk fail Internet dan katalog.

2. PENGGUNAAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN DALAM PENGAJARAN DAN 
    PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
 
• Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
• Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

3. APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


• Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
• Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point
• Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
• Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point

 4. PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
    MELAYU


• Memilih bahan sastera
• Memilih bahan tatabahasa
• Memilih bahan bidang ilmu lain 

5. MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DAN
    PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


• Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
• Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
• Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
6. MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN
    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


• Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
• Struktur Linear
• Struktur Rangkaian 

7. MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN
    PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
 
• Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
• Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran

8. PENGAJARAN BAHASA MELAYU DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN

• Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
• Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran

9. PENGAJARAN BAHASA MELAYU DALAM TALIAN
• Prosedur pengeditan
• Prinsip pengeditan
• Melaksanakan pengeditan
10. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA BILIK DARJAH MAYA

• Membentangkan hasil kerja antara institut
• Melaksanakan interaksi antara pelbagai institut 

11. PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO

• Konferensi secara dalam talian
• Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
• Merakamkan perbualan 

12. MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
• Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
• Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan

13. MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

• Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
• Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
• Memanipulasi animasi dalam persembahan 

14. BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
• Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
• Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
• Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran

15. SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

• Mengadakan seminar
• Mengadakan pameran